Saturday, October 17, 2009

maa... nak balik umah...







maa..tension ni...
nak balik umah...

huhu..mgu ni last week sblum final. wlaupun ada kelas 3 hari je mgu depan, tp ianya penuh cabaran.

isnin- present strategic management n submit report n past year question + test marketing communication
selasa- present services management n submit report
rabu - test strategic management

*report research channel management
*video lakonan arab

p/s to my self:

ramlah... u can do it..believe u self...x de yg boleh halang melainkan kematian. usaha..usaha..usaha..itu saja jln yg ada. buktikan yg kamu mampu... malas tu amik isi dalam botol n tutup rapat2. gi baling jauh2 kat pantai. jgn bagi dia balik rumah.

Friday, October 16, 2009

PERTANIAN ORGANIK





SALAM.

Pertanian organik didefinisikan sebagai 'sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh, agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem." (FAO/WHO Codex Alimentarius Commission).

permintaan kpd makanan organik adalah semakin meningkat dengan meningkatnya kadar kesedaran pengguna terhadap pemilihan makanan harian. adalah wajar pada hari ini para usahawan beralih kepada pertanian organik yang sememangnya memberi pulangan yang lumayan.

bercakap pasal pertanian organik, nak cerita sikit pengalaman terlibat dgn penanaman padi organik. semasa sem 4 dulu, aku telah mnjalani praktikal di pertubuhan peladang kwsn langkawi. tanaman utama ppkl adalah padi organik. penanaman pdi ini adalah 1oo% secara semulajadi tanpa sedikit pun bhn kimia. bermula dri benih padi, penggunaan air bukit, guna baja tahi ayam dan campuran serai dan bawang putih sebagai racun mengelak serangga perosak.

padi organik menghasilkan bau yang wangi. tp, penghasilannya x byk sgt. ppkl setakat ini menjual beras tersebut kpd menara kuala lumpur yg digunakan untuk masakan direstoran.

kpd kwn2 yang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian, pertanian organik adalah satu peluang yang bagus untuk diterokai.

Thursday, October 15, 2009

Sime Darby Tandatangan Program Islam Untuk Dapatkan Dana


KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sime Darby Bhd Rabu menandatangani perjanjian Program Islam, di mana hasil yang diperoleh daripada program itu akan digunakan untuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal dan pemerolehan kumpulan serta membiayai semula obligasi hutang tertentu.

Dalam satu kenyataan di sini, pengatur utama, Maybank Investment Bank Bhd berkata ia melibatkan Program Nota Tempoh sederhana Ialam (IMTN) sebanyak RM4.5 bilion dan Kertas Komersil Islam(ICP)/Nota Tempoh Sederhana Islam sebanyak RM500 juta dengan gabungan had induk sebanyak RM4.500 bilion.

Program ICP/IMTN secara kolektifnya dikenali sebagai Program Islam.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kumpulan kewangan itu berbangga terbabit dalam urus niaga berkenaan bagi membantu Sime Darby dalam memenuhi keperluan pembiayaan jangka sederhana hingga jangka panjang.

Beliau berkata kekuatan Program Islam bertaraf AAA mencerminkan kedudukan Sime Darby sebagai konglomerat utama dan kumpulan perladangan sawit terbesar dunia.

"Kami percaya Program Islam akan menyuntik ke pasaran modal Malaysia dengan lebih kukuh lagi dan mempromosikannya seiring dengan inisiatif kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Islam global terkenal melalui Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysian International Islamic Financial Centre (MIFC).

Beliau berkata pelabur akan mendapati nota yang diterbitkan di bawah Program Islam sebagai pelaburan utama dan sumbanganbernilai kepada portfolio bon mereka serta strategi pelaburan.

Program Islam berasaskan struktur mengikut dasar yang diterima secara meluas, Musyarakah, amat popular dengan peserta pasaran modal antarabangsa dan tempatan.

ALHAMDULILLAH..

pagi td test services mgt..huhu..sedih gak. byk goreng. x tau la hangit ke x. ngantuk giler masa jwb. first 30minit, tdo je dulu. memang x leh nk pkir. kluar g toilet, bsuh muka n lepas tu baru kncang mengarang. dahla bca 2 bab je. so, jwb 2 soalan y dbca je.. arap2 ok la...

kul 10 presentation seminar marketing communication. pendrive n computer buat hal. x leh nak bca fail..kelam kabut kamidibuatnya. pdrive backup xde. apa lgi, terpaksalah k.mas g blik amik kt umh smula. mdm azian dh dtg. k.mas x sampai lg. nasib baik mdm pham.

so, kami stat seminar dgn bwa study case of Air Asia. bla time nk show video, x leh bka la plak. link x jd..so, video tnjuk at the last. alhamdulillah, selesai one of the asgment. mdm bg comment that we have a good content and a good example to acknowledge audience. her advise that should always have back up file.

thanks a lot to mdm Azian that give a lot of oppurtunity to us.

next week, ada lg.. isnin test marcom n present strategic management. selasa present service. rabu test s.m..lakonan arab x wt lg..

sahabat, doakan moga diriku diberi kekuatan untuk menghadapi segalanya...

Monday, October 12, 2009

GALERI HERBA 2- Gynura sarmentosa



SAMBUNG NYAWA


Nama Saintifik : Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.
Nama Lain : Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)
Famili : Asteraceae

Pengenalan

Sambung Nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah tumbuhan asli Mynmar dan Cina. Ia boleh hidup dalam lingkungan ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup, intensiti cahaya pada kadar 40 – 50 %, suhu udara berkisar antara 20 – 30 C dan mempunyai kelembapan yang sederhana, dengan taburan hujan tahunan antara 1500 – 2500mm. Tumbuh dengan batang menegak, atau kadang-kadang bagian pangkalnya rebah di atas tanah dan keluar akar, berbatang basah, bercabang, berwarna keunguan. Boleh mencapai ketinggian 6 meter dan berbau harum. Daun tunggal, agak tebal, mudah dipatahkan, bertangkai serta berseling. Helaian daun berbentuk bulat telur sampai memanjang, ujung dan pangkal runcing, tepi berjerigi, pertulangan menyrip, berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun ia didapati amat jarang berbunga.

Penanaman dan Pembiakan

Selain faktor-faktor persekitaran pokok sabung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar keasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratin batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu bash dan bertakung.

Kandungan Kimia dan Kesan Farmakologi

Kandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.

Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengobati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.

Kegunaan Dan Khasiat

Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam.

Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.

Cara Penggunaan

Untuk ubat yang diminum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit.

AIDILFITRI BH








Alhamdulillah, berkat kerjasama semua exco, majlis hari raya berjaya dilaksanakan.
kami bekerjasama menyediakan juadah. nasi impit mawi y buat. kuah pulak ain, farah n munirah. satay aku yang perap. sa tolong gak. exco laki, akif,din,kama,faris,khairul faris,mat,kimi tolong cucuk n bakar satay. bihun abg aku y wt. k.aya n nina wat koktel. ust engku belanja lemang. air oren geng muslimin y buat. bhgian potong2, sa, ema n farhana...

terima kasih kpd sahabat2 yang membantu menjayakan majlis ini. semoga segalanya diberkati.