Sunday, September 27, 2009

ppk cameron highlands






Tambah Tapak Niaga Bumiputera di Cameron Highlands

Tambah Tapak Niaga Bumiputera di Cameron Highlands
09 September 2009

KUALA LIPIS 8 Jun - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta menyediakan lebih banyak tapak niaga kepada petani bumiputera untuk memasarkan hasil pertanian di Cameron Highlands.

Majlis Belia Daerah Cameron Highlands, Alias Abdul Rahman berkata, ia bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan tani di kalangan belia di sekitar daerah berkenaan Highlands.

Beliau berkata, hasil kajian pihaknya mendapati hanya dua peratus ruang niaga pasar tani FAMA di Brinchang diperuntukkan kepada peniaga bumiputera manakala selebihnya didominasi kaum lain.

"Petani bumiputera di situ menghadapi tekanan manipulasi harga daripada pemborong membabitkan pasaran yang terhad khususnya untuk dibawa ke Lembah Klang," katanya ketika ditemui di Kuala Medang, Hulu Jelai dekat sini hari ini.

Alias yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Cameron Highlands berkata, kebanyakan petani bumiputera di tanah tinggi itu mengusahakan tanah seluas antara dua hingga empat hektar untuk tanaman sayur-sayuran dan strawberi.

Sehubungan itu, katanya, FAMA perlu membantu petani bumiputera terbabit bagi memperluaskan peluang pasaran mereka.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi petani bumiputera di kawasan berkenaan dan satu jalan penyelesaian perlu dilakukan untuk membantu mereka.

Dalam pada itu, tambah beliau, pihaknya akan menganjurkan seminar 'Sehari Bersama Peladang' di Cameron Highlands tidak lama lagi untuk mendedahkan mereka kepada teknik pertanian moden dan pasaran baru.

"Turut sama menyertai seminar itu ialah 50 belia daripada 11 persatuan di sini," katanya.

Beliau berkata, penyertaan tersebut bertujuan menarik mereka melibatkan diri dalam sektor pertanian dan mengelakkan mereka berhijrah ke tempat lain.

Sementara itu, kata Alias, PPK Cameron Highlands akan terus memperkasakan projek pertanian, perniagaan dan membantu kebajikan ahli menerusi bimbingan serta bantuan tertentu.

Beliau menambah, usaha itu dapat mengubah sikap petani supaya berdaya saing untuk menambah pengeluaran

tiba2 terpanggil utk megulas artikel ni.

masa diploma dlulu, aku pernah wt praktikal kt sini... pertubuhan peladang kwsn cameron highlands...

byk kngn xleh dlupakan dsini.. geng2 pktikal.. jejaka tunggal, tun shahriman 7 dara pingitan.. aku, jannah, shima, nani, k.ain,k.cat n k.long. geng2 mardi ja-ar n bob..

staf ppk y xleh dlupakan...

supervisor..e.amir n hj sahlan.. bos, e.amin.. k.ina n k.yah..e.osman

pkerja2 indon..mas budi, mas nono n p.cik..dh lupa dh nama.. tp dorg baik sgt..slalu bg jagung n syur2..

x ktinggalan juga y menggamit memori indah bila sempat berkenalan ngan ank2 n penduduk2 org asli kt situ...

byk pglaman baru y kmi dpt spnjang sebulan brada kt sini...

hj sahlan, baek sgt..byk bg tunjuk ajar kt kami wpun slalu kna marah n kna leter...

kami dok kt aptment ppk kt green heritage kt tanah rata.. pg2 g ngan bos n or p.cik sahlan dtg amik naik land rover..hehe..cm minah indon dok ramai2 blkg land rover..

berada dlm ladang tomato, capsicum, strawbery...sgalanya dlm memori aku sbg budak ladang ..

3 tahun y lepas..

ari minggu memang x de keje lain..daki gunung brinchang, gunung y kt blakang mardi, jln2 pusing cameron...amnan y jdi mangsa kena jd pemandu plancong..

trima kasih u sume2...

berckp psal pluang perniagaan kt sana, krajaan mmg sepatutnya meningkatkan pluang perniagaan kpd bumiputra y mana mmg di concer o cina n india...

best jugak bniaga kt pasar malam brinchang...sempat la tolong amnan berniaga kt sana.. balik sampai kul3 pg. nasib baik esok nye x keje...

walupun skg dh x jd budak ladang, tp jiwa seorang planters masih subur dlm diri...



No comments:

Post a Comment